Friday 27 December 2013

khuza Fed Up..!!???

Assalamualaikum..

Sebenarnya benda yang pernah kuza Fed-up satu ketika dahulu 
adalah perkara tu yang paling kuza rindu sekarang..
Rindu nak bangun pagi2 siap2 pergi sekolah,rindu nak masuk kelas,
rindu balik nak rasa jantung bagai nak tercabut bila berhadapan soalan2 peperiksaan,paling2 dirindui nak pakai baju sekolah balik..:(
lagi2 sekarang ni musim nak masuk sekolahkan..so 
tengok adik2 pun da sibok2 beli barang sekolah diaowang.
Esok pulak adik lelaki kuza dah nak daftar sekolah masuk darjah 6..
Betul9 Jelesss sangat2...

Ingat lagi masa cikgu pernah cakap "zaman sekolah nilah yang 
korang akan rindu bila korang da tamat zaman sekolah nnti"
Dulu masa cikgu cakap macam ni xa rasa pe2 langsong pn..
sebab malas nak bangun pagi,mals nak pergi tuition mcm2..
tapi sekarang baru tersa kot..haha padan muka..:P

Rindu tau..lagi2 zaman jadi pengawas..opps uollss kuza 
jadi pengawas sekolah dulu tau... hahah :P biar perangai tah pe2 pun..
tapi dah kena bagi amanah jadi jalankan semampu boleh..:P
Bila jadi pengawas sekolah baju,kasut,tudung semua berbeza
dengan baju,tudung,kasut yang kuza pernah pakai tahun2 sebelum 
jadi pengawas..ahakss..dan yang paling best sekali pengawas boleh 
keluar 10 minit lebih awal time rehat sebelum pelajar2 biasa..x risau 
dah dulu kena berbaris panjang2 tunggu giliran nak beli 
makanan tau..hahah selalu terjadi bila mula2 masuk tingkatan 1 dulu..

Dulu takut tau nak masuk tingkatan 1..sebab takut kena buli dengan pelajar
senior selalu tengok drama2 dalam tv kan mcm tu ahakss..
Tingkatan 1 kuza takut nak guna pen sebb x pandai menulis pakai pen..bila cikgu cakap wajib guna pen..hahh mula la perasaan x tentu arah..
mcm sasau pon ada..mcm bangang je mase tu..
tapi mase tingkatan 1 jugak penah dilantik sebagai ketua kelas tau..
hahah..:P 

BEST9..kalau masa boleh berulang balik kan best.. -_-

(Throwback gambar tingkatan5)..Iklan gigi..muhaha
Budak pakai beg merah berjam tangan tu la aku..
di persilakan gelak berjemaah..wakakaka

Adik2 yang nak masuk sekolah tu..hargai la masa persekolahan korang
tau..^_^..

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik 
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
 [2:216]


Tata 
Assalamualikum..






Wednesday 25 December 2013

Boleh ke Kita(Orang Islam) Wish Merry Christmas..????

Assalamualaikum apa khabaree semua..??

First entry kali ni tiada kaitan yang masih hidup or yang sudah tiada..
dan x da niat nak mengata sesiapa pun dan x pula nak ditujukan kat 
siapa2 pun ok..

Khas untuk diri sendiri dan orang yang tahu kebenarannya..haha..:p

Mula2 kuza pun pelik..kebayakkan orang wish merry christmas..
dengan mudah je wish..Sebelum ni kuza pernah baca dalam fb,blog,
internet n mcm2..hukum wish krismas ni..tapi kuza ingat kuza yang 
silap baca ke or silap paham ke..sampai nak tegur or nak tanya
kenapa diaowang(orang islam) wish krismas pon kuza takut tau..
Takut pulak orang cakap kuza ni bajet bagus ke..pe2 ke..
so..soklan tu terpaksa kena cari jawapan sendiri.. -_-

Tadi pun tengah jalan2 kat Fb..ada terbaca la status 
cek mek manis ni..mengucapkan Merry Christmas..
cek mek ni manis je bertudung..n kuza pun tengok agama dia Islam..
n kuza yakin dia Islam melalui status2 dia sebelum ni..
so kuza pun hanta masej kat inbox dia..tanya boleh ke kita wish krismas 
 kat orang bukan Islam..? :)..(sambil buat buat senyum lagi tau)

Tengok2 hampehh xde jawapan..siap kena unfriend lagi tau :P..n status yang
dia wish pun dah dia delete..kuza pun pelik..salah soalan 
ke aku tanya..? susah ke...?nak kata aku tanya soalan spm x jugak..
Macam sengal bila cakap sorang2 pasal kisah  tu..-_-
so abaikankan terus mek manis tu..

Apa yang kuza tahu pasal ucapan krismas ni..

1) Boleh ke orang islam mengucakapkan Merry Chrismas kepada orang 
Kristian..?

Jawapan:
Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”.

Cukup la sekadar kita ucapkan TAHNIAH SAHAJA jangan ucap 
merry Christmas atau selamat..(UAI)

2)Boleh ke pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis 
perayaan krismas..?

Jawapan:
Harus...cuma jangan buat amalan2 berkait dengan agama mereka..(UAI)


Sumber:  
Kalau nak baca sepenuhnya sila klik atas ni ye.. ^_^

Alhamdulillah..yang baik datang dari Allah..yang buruk datang
dari diri kuza sendiri ok..

tatatutu








Monday 23 December 2013

Hati Buta Sebab 10 Perkara

Assalamulaikum..



10 perkara menyebabkan hati kita buta ialah:


1) Kamu mengenal Allah s.w.t tetapi kamu tidak memunaukan hak NYA

2)Kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi menolak SUNNAHNYA

3)Kamu membaca Aquran tetapi kamu tidak beramal dengannya

4)Kamu memakan nikmat Allah tetapi kamu  tidak mensyukuriNya

5)Kamu berkata syaitan itu musuh tetapi tidak menentangnya

6)Kmau berkata syurga itu benar tapi tidak beramal untuknya

7)Kamu berkata neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya

8)Kamu berkata mati itu benar tidak bersedia baginya 

9)Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi
 kamu lupa keaiban sendiri

10) Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka..


insyaAllah semoga manfaat..^_^


tata













 

Designed By Izza sakura